PROGRAM VAKSINASI COVID-19 PANGKALAN UDARA KUCHING

DSC 0088 DSC 0194 IMG 20210315 WA0042

 

KUCHING, 15 Mac 2021 – Pangkalan Udara Kuching telah menyahut Program Suntikan Vaksin COVID-19 Fasa 1 Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Sarawak yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM yang diadakan di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching.

Bekalan vaksin COVID-19 ATM fasa 1 di Sarawak telah tiba di 801 RSAT, Kem Penrissen, Kuching pada 11 Mac 2021 iaitu Vaksin COMIRNATY keluaran Pfizer Biontech yang dirancang untuk 3,510 anggota ATM. Vaksin diberikan kepada petugas barisan hadapan yang melibatkan anggota ATM mengikut kriteria keutamaan. Bagi program ini, sebanyak 834 dos akan disuntik kepada 417 pegawai dan anggota TUDM di PU Kuching dijangka dilakukan sepanjang minggu ini. Suntikan vaksin COVID-19 ini melibatkan petugas kesihatan gabungan dari PU Kuching, PPAT Rejimen Ke-11 Askar Melayu Diraja dan Batalion Pertama Perubatan.

Sebelum itu, enam org Eksekutif Pangkalan diketuai oleh Komander Pangkalan telah menerima suntikan vaksin pertama bersama dengan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia serta barisan hadapan anggota Tentera Darat yang lain sempena Pelancaran Suntikan Vaksin ATM peringkat Sarawak pada 12 Mac 21 bertempat di Dewan Bukavu, Kem Penrissen.

Prgram pada hari ini merupakan usaha Pangkalan Udara Kuching sebagai menyokong hasrat ATM dalam menyokong program imunisasi COVID-19 kebangsaan, bertujuan agar imuniti kelompok dapat dibentuk dalam kalangan komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis pada pagi ini adalah kesemua Esekutif Pangkalan serta Pegawai-pegawai yang berkelapangan disamping anggota yang disenarai pendek untuk suntikan vaksin hari ini.