PROGRAM TOOLS DOWN DAY (TDD) INSPRA PERINGKAT MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA (MPPLU) TAHUN 2024

812a7a97 c1b5 45f9 a7ef 4419d47bc256 620cf538 1ded 478d be08 c89ad8accb01 0b7eb912 d8b8 40ef a37f 6542b748d913
33a316cc b8e4 4f44 9317 9f85c8aaeca5 5dcf3e23 1194 4a72 827d c6f57e8e149e 06ee727b b7bd 415c bb27 ee8940cd80d6
ddd788f8 283b 4aa6 8ca0 a3ba221d682a 0ed11575 295a 4dda bc25 b8fe1b4587c6 36622b5c 8808 45de 9e79 7ff44eb1dd08
e68c9e17 eba0 4da9 b784 22dd65aae842 12cf7f15 9d4e 480d 85d4 edfdec4a1e81 2bf185af aa37 45e3 88ff 61c4dbd99745

 

KUANTAN, 26 Jul 24 – Sel Keselamatan INSPRA telah menganjurkan Program Tools Down Day INSPRA Peringkat MPPLU Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Seri Angkasa (DSA), PU Kuantan. Program yang dilaksanakan pada sebelah pagi adalah seperti Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh Bahagian Siasatan & Penguasaan Trafik, IPD Kuantan, Ceramah Kesihatan Pengurusan Stres oleh Pegawai Perubatan Kanan 815 RSAT PU Kuantan, dan Syarahan serta Latihan Kebakaran oleh Cawangan Bomba PU Kuantan.

Komandan INSPRA, YBhg Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM diiringi oleh Pemangku Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Salehin bin Md Zin TUDM turut hadir ke Program tersebut. Program telah dirasmikan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara secara dalam talian (video conferencing) secara langsung dari Auditorium Rajawali, PU Sendayan sambil ditonton oleh semua Pangkalan dan unit yang bernaung di bawah MPPLU.

Pada sesi petang seusai solat fardhu jumaat, YBhg Komandan turut menghadiri aktiviti gotong-royong jiwa murni yang dilaksanakan di kawasan Aviation Fire Simulator Centre (AFSC) di INSPRA. Pelaksanaan aktiviti ini melibatkan semua Pegawai dan Staf serta semua penuntut kursus yang berada di INSPRA. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti membersihkan kawasan persekitaran AFSC, mengecat bangunan dan pembahagi jalan, menyusun semula Stor Fom dan Stor POL.

Pada akhir program, YBhg Komandan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program TDD INSPRA Tahun 2024. Beliau juga mengingatkan semua bahawa program sebegini dapat meningkatkan tahap kesiagaan keselamatan warga INSPRA serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua staf, jurulatih dan peserta kursus INSPRA.