PROGRAM TAKLIMAT ZAKAT, WAKAF DAN PRODUK TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUCHING BAGI TAHUN 2025

1 2
3 4
5

 


KUCHING, 8 Ogos 2025 – Pangkalan Udara Kuching telah berkolaborasi bersama Tabung Baitulmal Sarawak untuk menganjurkan Program Taklimat Zakat, Wakaf dan Produk TBS Peringkat Pangkalan Udara Kuching bagi tahun 2025 yang diadakan di Dewan Sri Angkasa Pangkalan Udara Kuching melibatkan seramai 170 orang pegawai, anggota LLP, Ahli BAKAT dan staf awam.

Taklimat zakat yang bermula pada jam 0900 pagi ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Fadlillah Abdullah @ Matteus Naong iaitu Eksekutif Unit Siasatan Tabung Baitulmal Sarawak.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kepentingan berzakat, khususnya dalam kalangan anggota tentera dan kakitangan awam di pangkalan. Hadirin turut dijelaskan secara praktikal cara pengiraan zakat pendapatan bagi setiap individu. Antara objektif yang telah dicapai dalam program ini adalah dapat membezakan jenis-jenis zakat yang terdapat dalam syariat Islam serta dapat memahami kadar nisab dan haul bagi kewajipan zakat.

Selain taklimat, program ini turut menyediakan perkhidmatan kaunter taksiran zakat bagi memudahkan para hadirin mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi zakat secara terus.

Semoga dengan penganjuran program sebegini, lebih ramai umat Islam di negeri Sarawak bersama TBS dalam usaha memastikan kebajikan asnaf terus terbela.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY