![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 21 Mac 25 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Program Qiamullail Perdana di semua surau yang berada di bawah naungan Pangkalan Udara Kuching iaitu Surau Al-Jahirah Pangkalan Udara Kuching, Surau ‘Amru bin Al-Ash RKAT Batu 10 ½ dan Surau Asy-Syuhada RKAT Batu Kawa. Program tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari seluruh warga pangkalan yang beragama Islam.
Pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan lagi keindahan bulan Ramadhan sekaligus menarik minat seluruh warga pangkalan dalam mendalami ilmu agama. Program ini juga meningkatkan kefahaman ajaran agama Islam serta mencegah daripada melakukan perkara yang sia-sia. Bahkan, dapat memperbanyakkan amal ibadat pada bulan yang mulia ini.
Semoga program ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT dan memberi seribu satu makna di bulan yang penuh barakah ini.