![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 22 Mei 26 – Program Out Reach Taklimat Garis Panduan Bersepadu Pengurusan Kes Gangguan Seksual Kementerian Pertahanan (G-SPADU) telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching. Program ini melibatkan sesi taklimat kepada seluruh warga pangkalan dan telah dihadiri oleh Lt Kol Abdul Rahim bin Abu Kasim TUDM yang mewakili Komander Pangkalan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Kapt Wan Nor kamilah binti Wan Ismail TUDM, Pegawai Staf 3 Psikologi MTU-Perkhidmatan. Taklimat tersebut memberi penerangan berkaitan garis panduan bersepadu pengurusan kes gangguan seksual sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran, kefahaman dan komitmen warga organisasi terhadap isu gangguan seksual di tempat kerja.
Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, profesional, harmoni serta bebas daripada sebarang bentuk gangguan seksual. Para peserta turut didedahkan bahawa gangguan seksual boleh berlaku secara lisan, bukan lisan, fizikal mahupun melalui media digital.
Selain itu, program ini turut menekankan bahawa setiap warga organisasi perlu memainkan peranan dalam membendung budaya yang boleh membawa kepada gangguan seksual. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan keberanian untuk melaporkan kes, menjaga kerahsiaan mangsa serta memastikan setiap tindakan diambil secara adil dan profesional mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta membentuk budaya kerja yang lebih selamat, beretika dan saling menghormati dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi melahirkan organisasi yang profesional, berintegriti dan bebas daripada sebarang bentuk gangguan seksual.












