![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 22 Mac 25 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk Peringkat Pangkalan Udara Kuching bertempat di Surau 'Amru bin Al-Ash RKAT TUDM Batu 10½.
Program ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Yusrizal bin Zain TUDM dan disertai oleh Pegawai, Anggota LLP dan juga Ahli BAKAT Pangkalan.Program ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan aktiviti mengupas bawang, memotong sayur-sayuran, ayam dan daging sebagai bahan masakan,
Setelah bubur lambuk siap dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong dan bubur lambuk kemudiannya diagihkan oleh Komander Pangkalan kepada semua warga pangkalan. Kesimpulannya, program yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi ikatan silaturrahim serta memupuk semangat bekerjasama di kalangan warga pangkalan dalam menghayati manfaat bulan Ramadhan di samping dapat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.