GONG KEDAK, 22 Ogos 23 - Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) telah melaksanakan Program Larian RMAF 10km Challenge yang disertai di setiap peringkat iaitu pegawai dan anggota LLP. Program ini dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Ar-Raudah, PUGK.
Acara larian tersebut telah bermula seawal jam 6.30 pagi dengan sesi pemanasan dan taklimat oleh Jurulatih Jasmani Pangkalan berkaitan laluan larian dan langkah keselamatan. Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, petugas kesihatan daripada RSAT pangkalan juga turut bersedia bagi memberi sebarang bantuan kecemasan sekiranya berlaku.
Larian yang dianjurkan empat (4) kali setahun ini turut sertai oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan barisan eksekutif pangkalan. Secara keseluruhannya acara yang dijalankan ini telah berlangsung dengan jayanya apabila kesemua peserta dapat menamatkan larian tanpa sebarang kemalangan kecederaan.