PROGRAM LARIAN RMAF 10 KM CHALLENGE FASA 2 PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

8dfa6c68 665d 4e46 a290 874edf2677f7 42c3365f 7dc4 4bc8 b2b9 c90bbb0ba212 7216fcee c374 46d3 955b 4aa3d8c85558
5776853f a387 4245 a931 7d290382444f bc6f0f62 e04f 4a06 a1b9 f7d96cf37222 cce96391 e298 4c02 9355 8325d3866323

 

GONG KEDAK, 20 Okt 23 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Fasa Kedua Program Larian RMAF 10km Challenge melibatkan semua peringkat pegawai dan anggota LLP.

Acara larian 10KM ini dimulakan dengan sesi pemanasan dan penyampaian taklimat oleh Jurulatih Jasmani Pangkalan berkaitan laluan larian dan langkah keselamatan dan seterusnya acara larian dimulakan.

Terlebih dahulu, program ini telah dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Ar-Raudah pangkalan.

Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan barisan eksekutif pangkalan turut sama menyertai larian ini yang dianjurkan empat (4) kali setahun. Kesemua peserta larian menamatkan acara dalam keadaan baik dan tiada laporan kecederaan sepanjang acara dilaksanakan.