PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN TERHADAP HUMAN FACTOR IN AVIATION MAINTENANCE

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 21 Jun 23 – Penganjuran Program Kesedaran Keselamatan Terhadap Human Factor In Aviation Maintenance melalui platform Profesional Enrichment Program Talks (PEP TALKS) adalah satu inisiatif daripada pihak tertinggi TUDM bagi memberi kefahaman kepada anggota Kejuruteraan TUDM tentang kesan Human Factor terhadap tugas-tugas senggaraan pesawat dan sistem persenjataan. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan Situation Awareness (SA) kepada anggota Kejuruteraan berkaitan dengan kejadian kemalangan semasa bertugas serta bagi mencegah risiko berlakunya Inspection and Servicing Error (ISE).

Program ini telah dilaksanakan di Auditorium No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan dan disampaikan oleh Mej Ir Ts Arvinthan Venugopal TUDM dari Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA) . Sepanjang program tersebut, para peserta telah didedahkan dengan faktor-faktor utama yang menyumbang kepada ‘Human Factor’ semasa pelaksanaan senggaraan pesawat dan kaedah terbaik bagi menangani risiko berlakunya kemalangan.

Turut hadir pada program ini ialah Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Mahadhir bin A. Rahman TUDM (KCK). Diakhir majlis KCK turut menyampaikan cenderahati kepada Mej Ir. Ts. Arvinthan Venugopal TUDM sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi hadir sebagai penceramah jemputan.