PROGRAM JIWA MURNI "PROGRAM KESELAMATAN PERSEKITARAN JALAN RAYA"

20220615 084335 20220615 084445 20220615 085604
20220615 085917 20220615 093039 20220615 094339

 

IPOH, 15 Jun 22 - Mewakili Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Lt Kol Monarizzal bin Mokhtar TUDM telah hadir ke Program Keselamatan Persekitaran Jalan Raya yang dianjurkan Fleet Kenderaan ATU Ipoh bertempat di Kampung Sungai Lubok Pecah Batu, Trong. Program kerjasama ini adalah sebahagian daripada aktiviti Jiwa Murni Akademi bersama-sama Penduduk Kampung Sungai Lubok Pecah Batu,Trong.

Program Jiwa Murni bagi mengecat semula rangka jambatan sempit yang telah pudar warnanya dan pembersihan persekitaran telah bermula pada jam 0830 hingga 1230. Program ini melibatkan 27 orang staf Akademi dimana tujuan program adalah bagi memupuk kesedaran terhadap keselamatan persekitaran jalan raya bagi laluan yang sering digunakan oleh penduduk di sekitar kampung tersebut. Hal ini adalah supaya risiko kemalangan dapat dielakkan di kawasan tersebut.

Penduduk Kampung Lubok Pecah Batu, Trong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Akademi Tentera Udara amnya serta Fleet Kenderaan Akademi Tentera Udara Ipoh khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat dalam memupuk kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan penduduk.