PROGRAM JIWA MURNI KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0020 resize DSC 0054 resize DSC 0068 resize
DSC 0085 resize DSC 0096 resize DSC 0137 resize
DSC 0143 resize DSC 0177 resize DSC 0193 resize

ALOR SETAR, 8 April 21 - Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT), Kolej Tentera Udara telah mengadakan program “Give Back to Our Ex-Serviceman” iaitu program berkonsepkan Jiwa Murni di kediaman veteran TUDM, Radzi bin Abdul Rahman yang menghidap lumpuh separuh badan, diabetes, dan darah tinggi yang terletak di Taman Pinang Jaya, daerah Kepala Batas.

Program yang diketuai oleh Pegawai Memerintah ILIT, Lt Kol Saravanasennan A/L R. Veerasennan TUDM tersebut telah melibatkan seramai tujuh (7) orang pegawai dan 28 orang LLP dari ILIT dan turut dibantu oleh Pegawai Perubatan dan anggota dari 817 RSAT, Kolej Tentera Udara dengan mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan.

Bagai jatuh ditimpa tangga, isteri Encik Radzi bin Abdul Rahman telah menghidap masalah kemurungan sejak dua bulan yang lalu. Mereka mempunyai tiga (3) orang cahayamata di mana salah seorang anak mereka menghidap autism manakala seorang lagi anak sedang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pembersihan kawasan, mengecat serta memasang pintu tandas baru, pembaikan pintu serta sumbangan barangan keperluan yang disumbangkan dari Tabung Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA).

Secara keseluruhannya, seluruh warga Kolej Tentera Udara berharap agar program ini dapat meringankan beban dan memberi semangat kepada mereka sekeluarga untuk meneruskan kehidupan terutamanya menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.