IPOH, 19 Jun 22 - Akademi Tentera Udara telah terlibat dengan Program Jiwa Murni bersama Jabatan Perubatan Tranfusi, Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi Program Derma Darah bersempena Hari Derma Darah Sedunia 2022 bertempat di Dewan Banquet Carsem Kg Melayu, Sg Rapat, Ipoh Perak.
Aktiviti yang bermula seawal jam 0830 ini disertai anggota serta pegawai ATU bersama-sama penduduk setempat dan telah dianjurkan oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, JPKK dan JPP Zon 21. Program Derma Darah ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 100 orang penderma.
Program Derma Darah ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif yang disasarkan iaitu membantu jabatan ini menambah stok darah yang semakin berkurangan bagi kegunaan pesakit di hospital.