KINRARA, 9 Mac 21 – Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM mendahului senarai penerima vaksin bagi INSMAT TUDM Kinrara yang dilaksanakan di 819 RSAT Pangkalan Udara Subang (PU Subang). Turut menerima suntikan vaksin untuk imunisasi COVID-19 ialah para pegawai, jurulatih, staf dan anggota awam INSMAT. Program yang dirancang sejak penerimaan bekalan vaksin dijadualkan selama dua hari melibatkan seluruh warga INSMAT.
Program ini sekaligus menyokong usaha kerajaan di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ke arah memerangi jangkitan wabak COVID-19 yang menjadi krisis kesihatan global sejak Mac 2020. Usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan dalam program imunisasi ini adalah satu langkah untuk melindungi petugas barisan hadapan dan seterusnya mewujudkan imuniti kelompok dan memulihkan kembali negara agar bebas dari wabak COVID-19.
Lindung Diri, Lindung Semua.