PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN PERINGKAT ATM PANGKALAN UDARA SENDAYAN OLEH 814 RSAT

WhatsApp Image 2021 04 09 at 105119 AM WhatsApp Image 2021 04 09 at 105119 AM 1 WhatsApp Image 2021 04 09 at 105119 AM 2
WhatsApp Image 2021 04 09 at 105119 AM 3 WhatsApp Image 2021 04 09 at 105119 AM 4 WhatsApp Image 2021 04 09 at 105119 AM 6

 

SENDAYAN, 5 Apr 21 - Pusat Pemberian Vaksin 24 (PPV-24) telah beroperasi semenjak 8 Mac 21 iaitu seminggu sebelum tarikh yang dirancang kerana telah pun bersiap sedia lebih awal.

Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM mendahului senarai penerima vaksin bagi Pangkalan Udara Sendayan yang dilaksanakan di 814 RSAT PU Sendayan. Turut menerima suntikan vaksin imunisasi COVID-19 ialah Komander Pangkalan PU Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM, Pengarah Kurikulum MPPLU, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta Anggota PU Sendayan.

Perancangan perlaksanaan program telah bermula sejak 21 Januari, dimana koordinasi diantara MPPLU dan pasukan-pasukan dibawah naungan dijalankan bagi memperoleh data line listing bagi membolehkan aliran dan pemberian vaksin yang sempurna. Pada masa yang sama, segala peralatan dan keperluan dilengkapkan dengan bantuan Markas Pangkalan serta latihan bagi staff perubatan dijalankan.

Mejar (Dr) Amit Janardhan M. Loganathan selaku Pegawai Penyelaras PPV-24 berkata, disamping memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien, matlamat utama PPV-24 adalah untuk memastikan aliran stok vaksin lancar tanpa pembaziran dan memantau serta melaporkan kes-kes Adverse Effects Following Immunization (AEFI).

PPV-24 yang terletak di dalam bangunan 814 RSAT PU Sendayan, beroperasi secara sistematik dan lancar serta tidak menjejaskan perkhidmatan kesihatan harian. Keupayaan maksima pemberian vaksin harian adalah 90 orang. Setiap penerima dihubungi oleh One-Stop Call Center RSAT (OSCAR) seminggu sebelum tarikh temujanji bagi mengisi e-pendaftaran dan e-consent. Ini bertujuan melancarkan proses pendaftaran dan mengelakkan pembaziran vaksin bagi keselesaan penerima vaksin dan mengelakkan kesesakan.

PPV-24 dilengkapi dengan kaunter semakan dokumen, pendaftaran, ruang taklimat bersama audio visual, bilik suntikan, ruang pemantauan, ruang pemantauan VIP serta wad pemantauan.