ALOR SETAR, 13 Jul 22 - Kolej Tentera Udara telah mengadakan Program Ibadah Qurban 1443H di surau Al Iman KTU yang diketuai oleh Pegawai Agama Kanan Kolej, Mej Hashim Bin Abdul Rahman merangkap Penasihat Agama Surau Al Iman.
Turut hadir ke program ialah Komandan Kolej Tentera Udara, Brig. Jen. Ramli Bin Abd Jabar TUDM merangkap Penasihat Surau Al Iman diiringi Pegawai Memerintah ITAS, Kol Rizam Bin Ibrahim TUDM merangkap YDP Surau Al Iman serta Pegawai-pegawai Memerintah Unit di bawah naungan Kolej Tentera Udara.
Sebanyak lima (5) ekor lembu qurban daripada 35 orang Pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam Program Ibadah Qurban pada tahun ini. Manakala pejabat YB Adun Bukit Pinang turut menyumbang seekor lembu untuki jamuan pada Majlis Korban ini.
Seramai 300 orang anggota dan kakitangan awam Kolej Tentera Udara telah menerima pengagihan daging qurban yang di sampaikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara. Majlis diakhiri dengan majlis jamuan makan tengahari di perkarangan Surau Al Iman Kolej Tentera Udara.