![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 13 Sep 22 - Sel Jasmani Akademi Tentera Udara (ATU) telah menganjurkan Program Ceramah Nutrisi bertempat di Auditorium Nuri. Sesi ceramah yang dirangka sempena pelaksanaan Program BMI telah bermula dari 6 Sep 22 dan dijangka akan berakhir pada 6 Okt 22.
Ceramah yang disampaikan oleh Encik Shanker Ratenam, Pengarah Urusan dari Global Sports Rehab Centre, Ipoh telah dihadiri seramai 60 orang warga ATU termasuk peserta yang sedang menjalani program BMI. Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM.
Ceramah yang berlangsung selama dua jam ini menyaksikan perkongsian maklumat daripada En Shanker yang telah berkecimpung dalam bidang pengurusan atlet sukan selama lebih kurang 17 tahun pengalaman. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu untuk memberikan informasi berkenaan penjagaan pemakanan yang sewajarnya kepada warga ATU di samping menyokong usaha para peserta program penurunan berat badan yang terlibat dalam Program BMI. Cergas Berdisiplin!