GONG KEDAK, 30 Nov 22 – Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Besut telah mengadakan Program Kesedaran terhadap HIV/AIDS bagi semua peringkat anggota Pangkalan Udara Gong Kedak termasuk anggota tadbir awam yang berkhidmat di PU Gong Kedak.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Dr. Muhamad Taufiq bin Zahari. Turut hadir dalam program ini, Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM, Pegawai-pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai, anggota LLP serta Tadbir Awam Pangkalan Udara Gong Kedak.
Program yang dikelola oleh RSAT PU Gong Kedak diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap warga pangkalan terutamanya dalam kalangan penjawat awam mengenai bahaya penyakit HIV/AIDS serta akibat yang pada akhirnya boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan sekiranya berleluasa di kalangan masyarakat.
Selain itu, turut disampaikan mengenai kaedah pencegahan yang perlu diketahui dan diambil berat supaya anggota tidak terjerumus dalam masalah sosial yang boleh menjejaskan kualiti dan prosedur kerja.