![]() |
![]() |
![]() |
KINRARA, 18 Jun 21 – Biro Kesihatan Rohani dan Jasmani BAKAT INSMAT TUDM Kinrara telah menganjurkan program ceramah agama bertajuk “Keluarga Sakinah” untuk seluruh warga INSMAT TUDM Kinrara. Program ceramah agama yang diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet. telah disampaikan oleh Kpl Mohd Hilmi bin Mohd Saffiee, Guru Agama INSMAT. Intipati ceramah yang disampaikan adalah menyentuh akan kepentingan penjagaan amalan kehidupan seharian dalam membentuk keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.
Ustaz juga menekankan amalan-amalan Sunnah untuk diterapkan dalam kehidupan berkeluarga dari setiap aspek kehidupan adalah makan berjemaah, memanggil panggilan yang baik suami mahupun isteri, berdoa, berzikir, solat berjemaah, membaca Al-Quran, hadir ke masjid-masjid, amalan memberi salam terhadap keluarga, banyakkan senyum, memohon perlindungan kepada Allah terhadap ahli keluarga dan sebagainya adalah rutin kehidupan seharian.
Begitu juga aspek yang tidak kurang pentingnya mengenai aspek pemakanan adalah penting untuk setiap keluarga agar menjaga dan mengatur pemakanan mengikut aturan-aturan juga kaedah yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan bersumberkan daripada halal lagi baik agar mencapai tujuan sebenar hidup berkeluarga, menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Yang terakhir adalah sebagai ibu dan bapa mestilah berasa cemas ataupun takut akan kemaksiatan yang berlaku dalam sebuah keluarga tersebut.
Program seumpama ini berhasrat sedikit sebanyak akan membantu memberikan bimbingan kepada ahli BAKAT dalam membentuk keluarga yang Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah juga mencapai ‘mardhatillah’ (keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala).