KUCHING, 20 Jul 21 – Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan bersama-sama NGO Sekolah KAFA Merdang Gayam telah mengadakan Program Jiwa Murni bagi membantu meringankan penduduk sekitar Kampung Sejingkat, Jalan Bako, Kuching yang terkesan akibat Pandemik Covid-19.
Tujuan program ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran kalangan pegawai dan anggota dalam usaha membantu golongan-golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 di samping dapat mewujudkan silaturahim antara TUDM dengan masyarakat setempat.
Sumbangan berbentuk barang keperluan harian telah diagihkan kepada penduduk sekitar kampung tersebut hasil sumbangan daripada pegawai dan anggota Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan serta pihak NGO. Hasil daripada sumbangan tersebut, pihak skuadron telah berjaya menyediakan sebanyak 20 pek bungkusan untuk diagihkan kepada 20 asnaf yang terpilih.