PETUGAS BARISAN HADAPAN DARI PU KUANTAN MENERUSKAN OP PENAWAR PKP FASA 2

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 1 Feb 21 - Seramai 12 anggota TUDM dari Skuadron 213 HANDAU, PU Kuantan telah diaturgerak mulai 16 Jan 21 bagi membantu pihak PDRM melaksanakan OP PENAWAR dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 berikutan pengumuman oleh kerajaan berhubung PKP yang bermula pada 13 Jan 2021.

Penugasan anggota Skn 213 HANDAU, PU Kuantan yang diletakkan di bawah KTJ Markas 4 Briged Mekanize untuk bersama PDRM melaksanakan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR). Kesemua petugas barisan hadapan yang terdiri dari PDRM, TDM dan TUDM telah dipecahkan kepada empat (4) lokasi SJR iaitu di Jalan Gambang Kuantan, Jalan Cherating Kemaman, Tol Kuantan dan Tanjung Lumpur.

Op PENAWAR dipergiatkan apabila PKP Fasa 2 diumumkan oleh kerajaan berikutan kes baharu COVID-19 yang kekal ke angka 4 digit. Semoga penguatkuasaan SJR ini dapat membantu usaha memutuskan rantaian COVID-19 dan menyekat jangkitan wabak berbahaya ini daripada tersebar lebih meluas. TUDM akan terus komited di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan demi kesejahteraan negara bersama pasukan keselamatan yang lain.