PESAWAT KEDUA AW 139 SELAMAT TIBA DI PU KUCHING BAGI MENDOKONG OPERASI UDARA DI MALAYSIA TIMUR

WhatsApp Image 2025 01 21 at 202757 WhatsApp Image 2025 01 21 at 202758 WhatsApp Image 2025 01 21 at 202757 1
WhatsApp Image 2025 01 21 at 202757 2 WhatsApp Image 2025 01 21 at 202758 1

 

KUCHING, 20 Januari 2025 – Pesawat kedua AW 139 (M104-05) selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching bagi pengoperasian di detasmen No 3 Skuadron. Helikopter AW 139 ini merupakan aset mobiliti yang digunakan oleh TUDM melalui kaedah sewaan menggunakan konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) dari pihak Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.

Dengan penambahan 4 buah pesawat baru AW 139 ini di Pangkalan Udara Kuching nanti, ia dapat meningkatkan keupayaan TUDM di Malaysia Timur dalam melaksanakan operasi seperti Air Logistic Support and Resupply Flight, Military and Civil Communication Flight, Helicopter Insertion Extraction (HIE), Freefall, Medical Evacuation (MEDEVAC), Casualty Evacuation (CASEVAC), Body Evacuation (BODEVAC), Humanitarian and Disaster Relief (HADR) dan Deck Landing.

Majlis Penerimaan Pesawat Kedua AW 139 (M104-05) telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM di Hangar detasmen No 3 Skuadron. Pesawat tersebut telah diterbangkan oleh Juruterbang Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. (WASSB), Capt Anuar bin Sungkanah dan Pegawai Eksekutif No 3 Skuadron, Mej Mohd Izzat bin Zakaria TUDM. Turut membantu dalam penerbangan tersebut Ketua Kuartermaster Udara No 3 Skuadron, PW U I Hong Kim Soon.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer