BANDAR SRI SENDAYAN, 12 Nov 21- Timbalan Ketua Staf 2 Markas Pemerintah Operasi Udara (MPOU), Brig Jen Dato’ Othman bin Ahmad TUDM bersama Tim Penilai dari Markas MPOU telah membuat lawatan pemeriksaan Pertandingan “Best Quarters of the Year” pada tahun 2021.
Objektif pertandingan ini bagi meningkatkan kecemerlangan pengurusan Rumah Keluarga Angkatan Tentera(RKAT) lain-lain pangkat disamping mewujudkan semangat kerjasama antara pangkalan/unit dengan penghuni serta keluarga.
Dalam lawatan pertandingan itu, Timbalan Ketua Staf 2 MPOU bersama Tim Penilai turut mengambil kesempatan melawat pasangan yang baru menerima cahaya mata. Sumbangan telah disampaikan daripada Penghuni RKAT Blok F2 kepada Sjn U Saiful dan Isteri.
Di samping itu turut serta dalam menjayakan pertandingan ini adalah beberapa persembahan seni bela diri Muay Thai dari anak - anak penghuni serta penglibatan AJK penghuni Blok F2 dalam menceriakan blok secara keseluruhan.