PERLAKSANAAN PEMERIKSAAN TAHUNAN PANGLIMA WILAYAH UDARA 1 KE ATAS PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

BAZ 5872 BAZ 5922 BAZ 6137
BAZ 6156 BAZ 6165 BAZ 6186

 

GONG KEDAK, 24 Mac 22 – Markas Wilayah Udara 1 telah mengadakan pemeriksaan tahunan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 21 Mac 22 hingga 24 Mac 22.

Pemeriksaan dimulakan dengan Taklimat Pra Audit oleh Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM dan dihadiri oleh Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hasaan TUDM, Ketua-ketua Tim pemeriksaan MAWILUD 1 dan Pegawai-pegawai Eksekutif PU Gong Kedak bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Pangkalan Udara Gong Kedak.

Tim pemeriksaan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Bahagian Skuadron Penerbangan, Bahagian Operasi dan Bahagian Bantuan. Bahagian Operasi merangkumi Cawangan Operasi, PUSKOM, BOMBA, Sistem P4 dan Risik Udara manakala Bahagian Bantuan merangkumi Cawangan Kejuruteraan, Materiel dan Tadbir.

BAZ 6279 DSC 5888 DSC 6026
DSC 6039 DSC 6050 DSC 6054

 

Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM supaya kekurangan dan kelemahan pangkalan atau unit di dalam ketiga-tiga pengauditan iaitu keselamatan, kesiagaan dan pengurusan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.

Ketua Staf MAWILUD 1 turut berkesempatan hadir bagi menyaksikan live Steraming amanat Pemerintahan Tertinggi TUDM sempena Perintah Ulung Panglima Tentera Udara yang ke-20 yang diadakan di Ground Defence Operation Centre (GDOC) Pangkalan. Selain itu, Ketua Staf MAWILUD 1 turut turun padang bagi melihat sendiri pengoperasian serta segala isu dan cabaran yang dihadapi skuadron dan cawangan.

Pemeriksaan telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 24 Mac 22 yang disampaikan oleh Ketua Staf MAWILUD 1 yang dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM kepada pihak pangkalan berkenaan beberapa teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.