PERLAKSANAAN PEMERIKSAAN TAHUNAN PANGLIMA WILAYAH UDARA 1 KE ATAS PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

IMG 20210507 WA0012 IMG 20210507 WA0013 IMG 20210507 WA0006 IMG 20210507 WA0008

 

GONG KEDAK, 6 Mei 2021 – Markas Wilayah Udara 1 telah melaksanakan pemeriksaan tahunan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 3 hingga 6 Mei 21.

Sesi Pemeriksaan dimulakan dengan Taklimat Pra Audit yang telah dibentangkan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM kepada delegasi pemeriksaan MAWILUD 1 yang diketuai oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM;Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hasaan TUDM, AKS A4, Kol Ir. Nordin bin Abdul Ghani TUDM; Ketua-ketua Tim pemeriksaan MAWILUD 1 dan Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak bertempat di Bilik Mesyuarat No. 12 Skuadron.

Tim pemeriksaan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Bahagian Skuadron Penerbangan, Bahagian Operasi dan Bahagian Bantuan. Bahagian Operasi merangkumi Cawangan Operasi, PUSKOM, Bomba, Sistem P4 dan Risik Udara manakala Bahagian Bantuan merangkumi Cawangan Kejuruteraan, Materiel dan Tadbir.

Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM supaya cabaran dan kelemahan pangkalan dalam keselamatan, kesiagaan dan pengurusan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan. Selain itu, ianya adalah sebagai persiapan dalam menghadapi pemeriksaan Inspektorat TUDM nanti.

Ketua Staf MAWILUD 1 juga turut berkesempatan untuk melihat sendiri pengoperasian serta segala isu dan cabaran yang dihadapi Skuadron dan Cawangan.

Pemeriksaan telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 6 Mei 2021 yang telah disampaikan oleh Ketua Staf MAWILUD 1 kepada pihak pangkalan berkenaan beberapa teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.