ALOR SETAR, 11 Jan 22 - Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Materiel telah diadakan bertempat di hadapan Pergerakan Udara Kolej Tentera Udara.
Upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas Ketua Cawang Material di antara Mej Rosrizalrafi bin Roseli TUDM dan Lt Kol Zahrin bin Zainol TUDM telah disaksikan oleh Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara.
Seluruh warga Kolej Tentera Udara dan warga cawangan materiel mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta selamat maju jaya kepada Mej Rosrizalrafi bin Roseli TUDM dan selamat menjalankan tugas Ketua Cawangan Materiel kepada Lt Kol Zahrin bin Zainol TUDM.