![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KOTA SAMARAHAN, 18 Jul 24 - Perbarisan Pegawai Memerintah Skuadron 330 TUDM, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM telah dilaksanakan di Padang Kawad Skn. Perbarisan ini turut dihadiri oleh Eksekutif Skn, pegawai-pegawai, anggota serta staf awam Skn 330 TUDM.
Perbarisan ini turut diisi dengan acara pemakaian pangkat dan penyampaian sijil penghargaan kepada anggota yang telah cemerlang di dalam kursus yang dihadiri. Beliau berharap dengan penghargaan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membakar semangat dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga Skn bagi mendapatkan keputusan yang terbaik bagi setiap kursus yang dihadiri.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, Beliau juga mengalukan ucapan selamat datang kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang baru bertukar masuk ke Skn 330 TUDM dan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada warga Skn yang telah dan akan bertukar keluar ke unit baru. Selain itu, beliau turut menegaskan agar setiap warga Skn tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti buli, judi atas talian dan pengambilan dadah. Beliau menekankan agar semua warga Skn mengamalkan etika yang sepatutnya sebagai anggota TUDM khasnya dan ATM amnya. Seterusnya, Pegawai Memerintah juga menyaran kepada seluruh warga Skn agar memberikan komitmen yang tinggi dan kerjasama bagi menghadapi audit IGTU yang akan berlaku pada hujung bulan ini.
Ucapan Pegawai Memerintah diakhiri dengan menyatakan hasrat agar semua warga Skn 330 TUDM bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan Skn ini menjadi sebuah organisasi yang lebih cemerlang dan juga berintegriti di tahun 2024 dan tahun² yang mendatang.
#NegapKaBorneo
#Kanang330TheBorneoDefender