PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH NO 12 SKUADRON

5541badc ce87 45a4 8452 7176b6269c1d 7d99b5d0 a2df 4335 9a25 79eb0dad99e6 5f48a9a3 94cd 42fb 9fb4 d1f66a2f7faa
9bd2bdfe f2b7 4141 a6b1 8b35c663f3b9 c3890a26 eca8 4caf 8dcc 36353ff0f0be c154563b cf04 4845 9fc5 dbe995f46f62

 

GONG KEDAK, 25 Okt 24 – Perbarisan Pegawai Memerintah No 12 Skuadron telah diadakan di Hangar No. 12 Skuadron, Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan ini terdiri daripada 5 pegawai dan 91 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Mohd Aliem bin Nuri TUDM. Manakala Ajutan Perbarisan ialah Kapt Muhd Afiq Izzudin bin Kamarudin TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan adalah PW U II Mohd Rozaimi bin Zainuddin.

Sebaik ketibaan, Lt Kol Fairul bin Mohd Rustham, PM No 12 Skuadron telah mengambil tabik hormat dan memeriksa anggota perbarisan. Kemudian, acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada Sjn U Norhisyabudin, Penyampaian Penghargaan dan Cenderahati kepada Tim Recovery M52-03 dan Best Airman of the Month.

Pada perbarisan ini, PM No 12 Skuadron telah mengambil peluang untuk memberikan ucapan. Beliau telah menyatakan penghargaan beliau kepada semua peringkat anggota dan pegawai No 12 Skuadron di atas kejayaan dan penglibatan di dalam eksesais Udara Shakti, Elanggaroo & Paradise, Kris Daya serta Terbang Lintas Sempena Hari Kebangsaan dan Ulang Tahun ATM yang lalu. Beliau juga mengumumkan bahawa Pemerikasaan Audit oleh Team SOTY ke atas No 12 Skuadron akan diadakan pada bulan November ini. Oleh itu, beliau berharap agar semua dapat meningkatkan prestasi dan memberikan yang terbaik.

Dalam ucapannya juga, beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan kepentinganya. Beliau juga turut menegaskan berkenaan tingkah laku dan tatatertib anggota terutamanya mengenai larangan aktiviti menghisap rokok elektronik atau vape di tempat kerja dan keselamatan di jalan raya khususnya penunggang motosikal dalam mematuhi had laju dan tatacara pemakaian topi keledar yang betul.

Seterusnya, perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan PM No 12 Skuadron menerima tabik hormat sebelum beliau meninggalkan perbarisan.