PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH NO 12 SKUADRON

DSC 1680 DSC 1704 DSC 1711 2
DSC 1713 DSC 1721 DSC 1735 2

 

KUANTAN, 17 Feb 23 - Perbarisan Pegawai Memerintah No 12 Skuadron telah diadakan di Hangar No 10 Skn, Pangkalan Udara Kuantan yang terdiri daripada empat (4) pegawai dan 70 anggota lain-lain pangkat (LLP) dan diketuai oleh Mej Hendrinraj a/l Pulvendiran TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan ialah PW U II TG Ahmad Khairil bin TG Othman.

Perbarisan dilaksanakan secara statik dan upacara perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Noraihan bin Abd Karim TUDM, Pegawai Memerintah No 12 Skuadron. Didalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga skuadron di atas penglibatan dan pencapaian dalam eksesais yang telah berlangsung pada tahun 2022 sekaligus memastikan tahap kompetensi Aircrew dan Ground Crew berada pada tahap yang terbaik.

Pada ucapannya, Pegawai Memerintah No 12 Skuadron juga menekankan arahan pematuhan garis panduan penggunaan media sosial supaya tiada warga No. 12 Skuadron yang terlibat dengan pelanggaran arahan tersebut. Di akhir kata, beliau juga turut mengingatkan agar warga No 12 Skn berhati-hati di jalan raya dan sentiasa ingat insan yang tersayang dan merancang perjalanan supaya selamat sampai ke destinasi. Pengurusan moral dan keluarga juga merupakan aspek yang penting yang perlu dititik beratkan agar tiada permasalahan yang timbul semasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk negara tercinta. Selesai ucapan, upacara diteruskan dengan bacaan doa.

Perbarisan turut dihadiri oleh Ketua Flait Kejuruteraan, Lt Kol Norhisham bin Mohd Noor TUDM dan seluruh warga Detasmen No. 12 Skuadron.