KUANTAN, 12 Jan 21 – Perbarisan Pegawai Memerintah Markas Wilayah Udara 1 telah diadakan di Padang Kawad MAWILUD 1 pada hari ini. Perbarisan dianggotai oleh 4 pegawai dan 64 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Azmi bin Abd Khahar TUDM.
Dalam ucapan beliau, Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM telah menegaskan akan kepentingan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membendung wabak COVID-19. Beliau juga mengingatkan semua warga MAWILUD 1 agar terus bersemangat dan berusaha gigih demi memastikan setiap perancangan dan penugasan operasi dan latihan bagi tahun 2021 dapat dilaksanakan dengan efisien dan efektif.
Majlis pemakaian pangkat turut diadakan yang menyaksikan seramai 11 orang anggota LLP dinaikkan ke pangkat masing-masing. Tahniah dan semoga anggota yang terbabit akan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas masing-masing.