PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH MARKAS PEMERINTAHAN BANTUAN UDARA

WhatsApp Image 2022 09 07 at 171811 WhatsApp Image 2022 09 07 at 171811 1 WhatsApp Image 2022 09 07 at 171812
WhatsApp Image 2022 09 07 at 171812 1 WhatsApp Image 2022 09 07 at 171813 WhatsApp Image 2022 09 07 at 171814

 

SUBANG , 25 Ogos 22 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Padang Kawad markas yang dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP, serta kakitangan awam yang berkhidmat di MPBU.

Acara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh pegawai memerintah MPBU, Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM. Turut diadakan semasa perbarisan ialah Majlis Pemakaian Pangkat kepada Pegawai Waran Udara II Siti Halijah binti Ludin telah dinaikan pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara I berkuatkuasa 4 Julai 2022.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menyebut tentang kepentingan setiap warga MPBU melaksanakan tanggungjawab serta Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah diamanahkan dengan sempurna dan dengan penuh integriti selaras dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-20.

Pegawai memerintah MPBU turut menegaskan supaya semua peringkat pegawai, anggota, dan staf-staf awam memainkan peranan masing-masing supaya tidak terlibat dengan kesalahan tatatertib yang akan memudaratkan individu itu sendiri.

Ucapan telah diakhiri dengan amanat Pegawai Memerintah supaya semua warga MPBU dapat menghayati erti sebuah kemerdekaan bersempena Hari Kebangsaan ke-65 yang akan disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.