SUBANG, 3 Jan 22- Perbarisan Komander Pangkalan Udara Subang telah diadakan bertempat di Padang Kawad Pangkalan. Perbarisan ini seramai lima (5) pegawai dan 145 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Mohamad Erid bin Abdul Rahim TUDM. Perbarisan ini turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, serta warga Pangkalan Udara Subang.
Dalam perbarisan ini juga Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM telah menyaksikan upacara serah terima tugas Pegawai Laksana Pangkalan diantara Kol Mohamad Jafri bin Suboh TUDM dengan Kol Yusri bin Jamari TUDM. Kol Mohamad Jafri bin Suboh TUDM telah bertukar keluar ke Pangkalan Udara Kuching sebagai Komander Pangkalan.
Komander Pangkalan turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada dua (2) pegawai dari No 22 Skn yang dinaikkan ke pangkat Mej TUDM iaitu Kapt Mohamad Ridzwan bin Yahaya TUDM dan Kapt Noor Mohamad Farhan bin Mohamad Noor TUDM.
Dalam ucapan beliau, Komander Pangkalan mengingatkan warga Pangkalan Udara Subang agar terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan dan terus mengekalkan disiplin diri yang tinggi serta meneruskan budaya kerja yang cemerlang disepanjang tahun 2022. Beliau juga turut menyatakan penghargaan kepada semua warga Pangkalan Udara Subang yang turut sama-sama dalam menjayakan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 serta di atas pencapaian yang telah diperoleh sepanjang tahun 2021.
Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada Kol Mohamad Jafri bin Suboh TUDM serta tahniah kepada Pegawai yang telah dinaikkan pangkat.