PERBARISAN KETUA CAWANGAN OPERASI PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 3164 DSC 3178 DSC 3184
DSC 3193 DSC 3219 DSC 3283

 

KUANTAN, 14 Jan 22 – Buat pertama kalinya bagi tahun 2022, Perbarisan Ketua Cawangan Operasi telah dilaksanakan di perkarangan Tadbir Cawangan Operasi PU Kuantan yang terdiri daripada 14 pegawai dan 27 anggota LLP.

Acara telah dimulakan dengan mengambil tabik hormat dan seterusnya melaksanakan pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Cawangan Operasi, Lt Kol Bahrin bin Ayob TUDM.

Anggota perbarisan terdiri daripada Ketua Perbarisan, Kapt Aqil Ashrul bin Amran TUDM; Ajutan Perbarisan, Kapt Adam bin Mohd Zaine Tee TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan PW U II Muhammad Naim bin Taha.

Perbarisan ini telah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).