PERBARISAN BULANAN KOMANDER PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 8 Jun 23 – Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bertempat di ASF Hangar Cawangan Kejuruteraan.

Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Khairuzzaini Izaan bin Sawari TUDM selaku Ajutan Perbarisan, Kapt Muhammad Asyraf bin Che Mahadi TUDM selaku Ketua Flait No 1, Kapt Afif Ashraf bin Mohd Fathilah TUDM selaku Ketua Flait No 2, Kapt Muhammad Zailani bin Ruslan TUDM selaku Ketua Flait No 3 Kapt Ziqry bin Rahmat TUDM manakala Pegawai Waren perbarisan adalah PW U I Abdul Khalil bin Hashim.

Upacara perbarisan telah dimulakan dengan tabik hormat kontinjen perbarisan kepada Komander Pangkalan, Nyanyian Lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan yang terdiri daripada 11 pegawai dan 135 anggota lain-lain Pangkat dengan disaksikan oleh hampir keseluruhan Pegawai, anggota LLP serta penjawat awam Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam perbarisan ini, Komander Pangkalan, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM telah turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada (4) empat pegawai dan (2) dua Anggota Lain-lain pangkat. Turut disampaikan penyampaian Sijil Kepujian dan Penghargaan Panglima Tentera Udara kepada (6) enam orang penerima.

Komander Pangkalan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikan pangkat serta mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TUDM Ke-65 dan mengekalkan tema “Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara”. Tema ini menonjolkan betapa pentingnya TUDM sebagai kekuatan kovensional utama ATM bagi memelihara dan melindungi kedaulatan negara yang merangkumi kawasan teras, lanjutan dan hadapan. Dengan ini, tema pada tahun ini perlu didokong oleh setiap warga TUDM dengan memahami dan melaksanakan peranan serta tanggungjawab dengan berkesan dan penuh bersemangat.

Selain itu, Komander Pangkalan turut menekankan kembali berkaitan (3) tiga perkara utama sebagai panduan kepada seluruh warga pangkalan bagi memastikan kejayaan pangkalan ini dalam mendukung operasi-operasi udara yang dijanakan dari pangkalan ini. Pertama sekali, kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas. Kedua, integriti dan disiplin dan ketiga mengutamakan keselamatan. Sebelum mengakhiri ucapan Komander turut mengingatkan seluruh Warga Pangkalan untuk sentiasa ambil peduli dan ambil tahu terhadap persekitaran dan kawasan pangkalan untuk mengawal keselamatan maklumat dari segi kerahsiaan, kebolehsediaan, mengenal pasti ancaman atau risiko pencerobohan di dalam pangkalan. Sekiranya mendapati ada individu yang mencurigakan, terus bertanya tujuan beliau berada di tempat tersebut. Sebagai organisasi yang kukuh, aspek sekuriti yang mampan merupakan asas kecemerlangan pengoperasian TUDM.