Select your language

PERBARISAN BULANAN KOMANDAN INSPRA 2026: MELAHIRKAN INSAN TUDM BERMINDA OPERASI, BERDISIPLIN TINGGI DAN BERINTEGRITI

WhatsApp Image 2026 01 15 at 19.23.07 2 WhatsApp Image 2026 01 15 at 19.23.07 WhatsApp Image 2026 01 15 at 17.08.09
WhatsApp Image 2026 01 15 at 17.08.09 1 WhatsApp Image 2026 01 15 at 17.08.10 WhatsApp Image 2026 01 15 at 17.08.07

 

KUANTAN, 15 JANUARI 2026 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Komandan INSPRA yang pertama bagi tahun 2026 bertempat di Padang Kawad INSPRA.

Perbarisan tersebut diketuai oleh Mej Mohd Hazeeen bin Abu Seman TUDM, dengan Kapt Mohamad Khairul bin Abdul Razak TUDM selaku Ajutan Perbarisan. Turut terlibat sebagai Ketua Flait ialah Lt M Wan Muhammad Fazdlie Aqmal bin Wan Yusoff TUDM bagi Flait No. 1, Lt M Muhammad Haziq bin Mahadzir TUDM bagi Flait No. 2 dan Lt M Muhammad Najmi Hakim bin Azhar TUDM bagi Flait No. 3, manakala Pegawai Waran Perbarisan ialah PW U II Mohd Khairul bin Che Me.

Acara dimulakan dengan pengambilan tabik hormat sebelum diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM.

Dalam perbarisan tersebut, Komandan INSPRA telah menyampaikan Amanat INSPRA Tahun 2026 yang berpandukan Amanat Panglima Tentera Udara kepada seluruh warga INSPRA. Sebelum perbarisan bersurai, Ikrar Kesatria telah dilaungkan, diikuti dengan bacaan doa bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga INSPRA.

Pelaksanaan perbarisan ini mencerminkan tahap kesiapsiagaan, disiplin serta komitmen berterusan warga INSPRA dalam mendukung aspirasi kepimpinan TUDM, di samping menjunjung etika serta budaya rejimental ketenteraan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY