PENYERAHAN CEK PAMPASAN TUNTUTAN KEMATIAN SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (STBATM) KEPADA WARIS MENDIANG LUK NESLY ANAK NABAU

1 2 3

 

KUCHING, 10 Okt 23 – Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM bersama isteri Puan Rosdiana binti Mat Yakim telah menyempurnakan penyerahan cek Pampasan Tuntutan Kematian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) kepada waris Mendiang LUK Nesly anak Nabau iaitu Puan Segiah anak Gamau (Ibu) dan Puan Jessica binti Cletus (Isteri) di kediaman waris, Sibu jaya, Sibu. Kedua-dua waris layak menerima manfaat pampasan daripada STBATM di bawah pengurusan Koperasi Tentera.

Mendiang LUK Nesly anak Nabau telah meninggal dunia pada 13 Ogos 21 dan disemadikan di Tanah Perkuburan RH Ugil Sungai Selangan, Sarikei. Diharapkan pampasan yang diterima dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris dan keluarga.