ALOR SETAR, 5 Nov 21 - Penutup Kursus Pertahanan Darat Siri 06/21 telah diadakan bertempat di Dewan Aeroangkasa Kolej Tentera Udara. Kursus ini telah bermula pada 15 Nov 2021 dan berakhir pada 10 Dis 2021.
Seramai 34 orang penuntut dari ketukangan Pembantu Tahan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya.
Pemakaian Lencana Pertahanan Darat TUDM telah disempurnakan Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan diiringi oleh Mej Abdul Nasir bin Abdul Majid TUDM, yang mewakili Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT). Penuntut Terbaik Kursus Pertahanan Darat TUDM Siri 06/21 telah disandang oleh 722569 FSjn Hasrizal bin Mohd Ramli dari Sekolah Latihan Pegawai.