ALOR SETAR, 24 Ogos 22 - Tim Penilai 'Best Quarters of The Year bagi tahun 2022 yang diketuai Brig Jen Dato' Othman bin Ahmad TUDM dari Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah diberi taklimat olehi pihak KTU, membuat lawatan dan melakukan penilaian di Blok G4, Kuarters Kem Kelubi, Kolej Tentera Udara.
Ketibaan Brig Jen Dato' Othman bin Ahmad TUDM bersama tim telah disambut oleh Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara. Beliau dan tim telah dibawa untuk sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh pihak pengurusan Rumah Keluarga dan wakil penghuni Kuarters RKAT Kem Kelubi yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas, KTU.
Persiapan penghuni Blok G4 yang dipertandingkan bagi pertandingan 'Best Quarters of The Year' ini telah bermula sejak bulan Mei 2022 lagi bagi memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Tim Penilai.
Pertandingan yang bertemakan konsep 'Keluarga terpelihara perkhidmatan berjaya' ini diadakan bertujuan memastikan prestasi dan pencapaian RKAT anggota ke arah persekitaran bersih, sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa, selain memastikan 'SNCO empowerment' di kalangan anggota.
Lawatan Brig Jen Dato' Othman bin Ahmad TUDM bersama tim ke RKAT Kem Kelubi telah diiringi oleh Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM, Pegawai Eksekutif Kolej dan Lt Kol Marina binti Harun TUDM, Ketua Cawangan Tadbir Kolej Tentera Udara.