PENILAIAN "BEST QUARTERS OF THE YEAR" (BQTY) DI AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20220829 163827 696 IMG 20220829 163854 389 IMG 20220829 163912 001
IMG 20220829 163954 411 IMG 20220829 163921 610 IMG 20220829 164200 124

 

IPOH, 29 Ogos 22 - Akademi Tentera Udara (ATU) berbesar hati menerima kunjungan Tim Penilai "Best Quarters of The Year" (BQTY) TUDM Tahun 2022 Peringkat Zon Utara yang diketuai oleh Brig Jen Dato' Othman bin Ahmad TUDM. Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM bersama-sama barisan pegawai serta seluruh warga akademi menantikan kunjungan tersebut yang diadakan setiap tahun bermula 2012.

ATU yang merupakan Naib Johan peringkat TUDM pada tahun sebelumnya membuat persediaan penuh dan rapi bagi pertandingan pada tahun ini yang bertemakan 'Keluarga Terpelihara Perkhidmatan Berjaya'. Tahun ini juga buat julung kalinya moto bagi pertandingan seumpanya ditetapkan, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Dengan penerapan moto 'Kelestarian Keluarga Mendukung Kecemerlangan TUDM', pangkalan atau unit dapat memahami fungsi nilai kekeluargaan dalam pembangunan dan kesiagaan anggota yang berkhidmat untuk negara.

Pertandingan BQTY secara dasarnya bertujuan meningkatkan kecemerlangan pengurusan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Lain-lain Pangkat (LLP) bagi merealisasikan 'empowerment' di peringkat anggota. Kemahiran anggota dengan penghuni serta keluarga dapat ditingkatkan terutamanya dalam urus tadbir RKAT tersebut. Program ini direncanakan untuk menjadi pemangkin pembangunan kebajikan sosial dan kelestarian warga TUDM.

ATU dengan bangganya menampilkan Blok G2 RKAT Desa Sri Angkasa (DSA) Kuarters Lahat bagi pertandingan kali ini. Persiapan yang dimulakan sejak awal tahun ini mendapat kerjasama yang cukup membanggakan bukan sahaja daripada penghuni RKAT DSA, malah penglibatan warga ATU secara menyeluruh. Idea yang dicambahkan cetusan barisan eksekutif dapat disempurnakan dengan baik dan cemerlang. Semoga dengan usaha dan daya saing yang tinggi ditunjukkan sepanjang proses BQTY tahun ini dapat membuahkan hasil terbaik buat ATU. Cergas Berdisiplin!

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer