PENGARAH SEKRETARIAT MENYEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MTU-SEKRETARIAT

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUALA LUMPUR, 6 Sep 23 – Pengarah Sekretariat, Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada dua (2) anggota Lain-lain Pangkat MTU– Sekretariat bertempat di Bilik Mesyuarat Rajawali hari ini.

Anggota yang dinaikkan pangkat adalah PW II Azril Rashidi bin Abdul Rahman dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U I manakala Kpl U Imran Fariz bin Mohd Zaidi dinaikkan pangkat ke Pemangku Sjn U.

Turut hadir bagi menyaksikan upacara pemakaian pangkat ini adalah PS 1 Tadbir, Lt Kol Mohd Zaki bin Haji Mohd Noor TUDM serta para pegawai dan anggota MTU-Sekretariat.

Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikkan pangkat ini menjadi pendorong kepada anggota untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer