PENERBANGAN IHSAN TUDM BAWA KANAK-KANAK LELAKI DARI PULAU TIOMAN BAGI RAWATAN SEGERA

IMG 1923 1 IMG 1924 1 IMG 1925 1
IMG 1926 1 IMG 1927 1 IMG 1928

 

KUANTAN , 4 Mar 2023 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya membantu seorang kanak - kanak lelaki yang mengalami 'Alleged Ingestion of Alkaline Button Battery' di Pulau Tioman dengan melaksanakan penerbangan ihsan bagi mendapatkan rawatan kecemasan yang segera.

Pesawat EC 725 AP dari No 10 Skn telah ditugaskan untuk misi ini memandangkan keadaan laut dan cuaca yang tidak mengizinkan pergerakan bot dan perkapalan. Pesawat, yang membawa kanak-kanak lelaki berkenaan turut diiringi ibu dan bapa berlepas pada jam 11.18 malam dan selamat tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada jam 12.53 malam seterusnya dibawa menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Pesawat telah diterbangkan oleh Mejar Mohd Rafiq bin Rahmad TUDM dan Kapt en Ahmad Izwan Shafiq bin Suhaimi TUDM selaku juruterbang serta Kuartermaster Udara, Flait Sarjan Suhaimi bin Othman bersama doktor dan pasukan penyelamat.

Sekalung Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi penerbangan ihsan dan semoga kanak-kanak lelaki berkenaan segera sembuh setelah mendapat rawatan segera. Sebagai melaksanakan tugas sekunder, TUDM tetap komited di dalam membantu mereka yang sangat memerlukan khususnya melibatkan usaha-usaha menyelamatkan nyawa bersama pihak-pihak yang berkenaan.

#PenerbanganIhsan
#SentiasaDiAngkasaRaya
#MenjanaKesejahteraanInsan