PEMERIKSAAN TAHUNAN BAHAGIAN INSPEKTORAT TUDM KE PANGKALAN UDARA SUBANG TAHUN 2021

DSC 4644 DSC 4654 DSC 4799
DSC 4886 DSC 4965 DSC 4688

 

SUBANG, 12 MAC 21 - Pangkalan Udara Subang telah menjalani Audit Inspektorat TUDM ke pangkalan dan unit-unit lojer yang terdapat di pangkalan ini bermula dari 8 sehingga 12 Mac 21. Pemeriksaan tahunan ini dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan TUDM.

Ketibaan Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM ke Markas Pangkalan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM. Seterusnya Taklimat Pra Audit oleh Pangkalan Udara Subang telah diberikan di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Markas Pangkalan.

Sepanjang pelaksanaan audit ini juga, Tim Inspektorat TUDM telah melawat ke beberapa unit sekitar pangkalan antaranya No 2 Skuadron, No 16 Skuadron, No 20 Skuadron, PLTT Angkut dan Amri Pangkalan bagi mendapatkan taklimat-taklimat berkenaan pengoperasian semasa yang dilaksanakan di unit-unit terbabit.

Hasil penemuan audit serta cadangan penambah baikan telah ditaklimatkan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak pangkalan pada sesi Taklimat Pasca Audit. Pihak pangkalan mengambil maklum berkenaan semua teguran yang diberikan dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu yang dibangkitkan.

Audit diakhiri dengan sesi jamuan makan tengahari di Wisma Perwira bersama semua pegawai dari Inspektorat TUDM dan Pegawai Eksekutif Pangkalan. Pada akhir jamuan, Komander Pangkalan telah menyampaikan cenderamata kepada Kol Tan Chee Kee TUDM yang mewakili Inspektor Jeneral Tentera Udara.