![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 27 Ogos 2025 - Pemeriksaan Pertandingan Best Quarters of The Year (BQTY) bagi tahun 2025 di Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK) telah dilaksanakan oleh Tim Pemeriksa yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Irwan bin Asmail TUDM. Ketibaan tim telah disambut oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Ir. Ts. Mizi bin Hussin TUDM mewakili Komander Pangkalan dan barisan Eksekutif pangkalan.
Acara dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai skema permarkahan pertandingan oleh Ketua Tim di Bilik Mesyuarat Gunjiz PU GK. Selepas sesi taklimat dan pemilihan blok RKAT secara rambang, Tim Pemeriksa telah dibawa ke Kompleks RKAT pangkalan untuk pemeriksaan secara fizikal bagi penilaian markah.
Pertandingan ini bertujuan untuk menilai pengurusan RKAT setiap pangkalan bagi memastikan kelestarian dan budaya menjaga kawasan RKAT sentiasa berada dalam keadaan kondusif, selamat dan selesa diduduki. Program ini juga initiatif kesungguhan pengurusan tertinggi TUDM untuk menjaga keharmonian dan keselesaan warga TUDM. Ia juga dapat mewujudkan sikap positif, ownership dan semangat kerjasama dikalangan penghuni RKAT.