KINRARA, 12 Apr 21 - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah menganjurkan Sesi Pembentangan Kertas Kerja AKS Materiel yang melibatkan peserta kursus Advance Materiel Officer (AMO) Siri 11/21. Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah diberikan beberapa tugasan penting melibatkan kertas kerja yang merangkumi keperluan, cabaran, kehendak semasa dan hala tuju bagi Cawang Materiel dimana ianya perlu dirancang dengan bijak melalui pendekatan yang kreatif dan kritis.
Turut hadir sebagai panel kertas kerja tersebut adalah AKS Materiel Brig jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM, Timbalan Ketua Staf MPOU Brig Jen Dato' Othman bin Ahmad TUDM, Pengarah Materiel, Pengarah Belanjawan serta pegawai-pegawai kanan materiel terlibat.
Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Bhg. Kerjaya & Pengambilan)