PELAKSANAAN PEMERIKSAAN DOKUMEN PERIBADI DAN BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA DI DALAM HRMIS ATM KE ATAS PANGKALAN UDARA KUANTAN

Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 1 Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 2 Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 3
Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 4 Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 5 Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 6

 

KUANTAN, 15 Sep 22 - Bahagian Sumber Manusia, Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah melaksanakan Pemeriksaan Dokumen Peribadi dan Butiran Peribadi Anggota di dalam HRMIS ATM ke atas Pangkalan Udara Kuantan pada 13 hingga 15 Sep 22. Pemeriksaan selama tiga (3) hari ini diadakan bertujuan untuk memastikan Dokumen Peribadi dan Butiran Peribadi anggota di dalam HRMIS ATM adalah tepat, dikemaskini serta dapat digunakan sepenuhnya dalam perancangan dan pengurusan Sumber Manusia TUDM.

Tim pemeriksaan ini telah diketuai oleh Kapt Muhammad Nasiruddin bin Mat Amin TUDM dan turut disertai bersama 4 anggota LLP daripada Seksyen Rekod & Pangkalan Data sebagai pemeriksa. Sebelum memulakan pemeriksaan, Ketua Tim telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Ahmad Azharey bin Abdul Rahman TUDM.

Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 7 Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 8 Pic Pemeriksaan HRMIS PU Kuantan 9

 

Sepertimana yang telah sedia maklum, Bahagian ini sentiasa merujuk dan mengguna pakai HRMIS ATM di dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan sumber manusia TUDM. Ini adalah bagi memastikan perancangan kerjaya, penugasan dan penempatan setiap pegawai dan anggota LLP yang dirancang sentiasa teratur dan memenuhi keperluan yang digariskan.

Dalam usaha memastikan perkara ini mencapai objektif yang ditetapkan, penguatkuasaan penggunaan aplikasi HRMIS ATM di setiap peringkat Markas/Pangkalan/Unit TUDM hendaklah dilaksanakan secara optimum kerana keberkesanan sistem ini banyak bergantung kepada data-data sumber manusia yang lengkap, dikemaskini dan tersusun.

Pemeriksaan ini diakhiri dengan Taklimat Balas Pemeriksaan Dokumen dan HRMIS ATM kepada pihak pangkalan yang disampaikan oleh Ketua Tim yang dihadiri oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Ahmad Azharey bin Abdul Rahman TUDM. Pada sesi taklimat tersebut dibentangkan hasil penemuan, pemerhatian, beberapa teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil oleh pasukan di masa hadapan.