KUALA LUMPUR, 20 Feb 24 – Bahagian Operasi dan Strategi, Markas Tentera Udara telah melaksanakan Airman-To-Airman Talks (A2AT) tahunan ke-6 di antara TUDM dengan United States (US) Pacific Air Forces (PACAF) dan Washington Air National Guard (WA ANG) bagi tahun 2024.
A2AT 2024 dilaksanakan dalam dua sesi berasingan iaitu di peringkat Working Group (WG) pada 20 hingga 22 Februari 2024 lalu yang melibatkan All Domain Awareness WG, Exercises, Engagements and Training WG, dan Cyberspace WG. Antara perkara utama perbincangan adalah melibatkan pelaksanaan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) serta penglibatan pegawai dan SNCO di dalam exercise termasuk bagi menghadiri kursus dan latihan yang ditawarkan oleh US.
A2AT ini dipengerusikan bersama oleh Maj Gen Mark A.Weber, Air National Guard Assistant to the Commander, PACAF, Brig Jen Azman bin Jantan TUDM dan Brig Gen Gent Welsh, Commander, WA ANG.
Objektif keseluruhan A2AT adalah untuk memperkukuhkan hubungan antara PACAF dan TUDM melalui dialog, mengkaji keberkesanan program latihan dan penglibatan serta memperkukuhkan kerjasama dua hala. A2AT boleh dijadikan platform yang lebih berdaya maju dan meningkatkan tahap saling persefahaman, kepercayaan dan kerjasama semua pihak bagi memastikan kemakmuran wilayah dengan beroperasi mengikut peraturan dan norma antarabangsa. A2AT ini bukan sahaja meliputi perbincangan tetapi hasil usahasama ini memberi impak yang tinggi ke atas hubungan bilateral dua angkatan Tentera Udara.