LABUAN, 7 Sep 24 – Pegawai dan anggota LLP dari No 6 Skn dan Terminal Peluru 3, Pangkalan Udara Labuan telah melaksanakan program jiwa murni TUDM Bersama masyarakat komuniti Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Civil Military Cooperation (CIMIC) tahun 2024 berteraskan dasar Teras (4) Civil Military Cooperation (CIMIC) di bawah Pelan Strategi Mindef (PSM) 2021 – 2025.
Program yang diberi nama RMAF Engagement with Future Leaders initelah dilaksanakan di Sekolah Menengah Sains Labuan dimana penganjuran sepenuhnya oleh Pangkalan Udara Labuan dibawah kelolaan Pegawai Memerintah No 6 Skn iaitu Lt Kol Zulkifli bin Mohamad TUDM dan Ketua Terminal Peluru 3, Mej Joevannie Ross Lim Carreon TUDM. Seramai 10 x Pegawai dan 60 x anggota LLP ini turut disertai oleh seramai 150 orang awam terdiri daripada guru, kakitangan sekolah serta para pelajar dari Sekolah Menengah Sains Labuan.
Program yang dilaksanakan ini melibatkan aktiviti mengecat 40 pintu kelas dan 50 meter gazebo pelawat, pembersihan kawasan sekolah, program sesi dialog, ceramah motivasi dan pameran kerjaya, pameran kerjaya dalam TUDM dan banyak lagi. Ini merupakan program sulong pihak Pangkalan Udara Labuan Bersama SMS Labuan.
Diharapkan supaya Kerjasama sebigini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dalam memupuk hubungan baik antara pihak warga pertahanan Bersama komuniti awam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.