![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 23 Jun 21 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Operational Readinees Training (ORT) bermula 21 hingga 23 Jun 21dengan kerjasama oleh Jabatan Kesiagaan Operasi (JKO) – Markas Pemerintahan Operasi Udara yang dihadiri Pengarah JKO, Kol Azman bin Taib TUDM; PS 1 KD, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM dan tim ORT.
Latihan ini diadakan bertujuan untuk menambahbaik readinees dan preparedness Pangkalan dan Skn/Cawangan PUGK berkaitan RANKON TUDM. Selain itu juga menambahbaik pengetahuan dan kemahiran setiap pegawai dan anggota pangkalan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab apabila sesuatu RANKON itu dilaksanakan.
Latihan ORT dimulakan dengan taklimat dan kelas pengenalan doktrin serta pelan yang berkaitan dengan pelan REDCON, Pelan Tahan, Pelan Pagar, Force Down serta latihan praktikal yang melibatkan peringkat pegawai dan anggota Pangkalan.