SUBANG, 20 Dis 21- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam keadaan sedia menunggu arahan untuk diaturgerak bagi membantu penduduk terjejas banjir khususnya dalam membantu pihak MBSA bagi memindahkan penduduk seperti di Seksyen 26 ke tempat Pusat Pemindahan Sementara mangsa banjir di Dewan Kenanga, Seksyen 28 sekiranya diperlukan. Bagi tugas OP Murni, operasi ini di bawah naungan Raja Muda Selangor dan TUDM diketuai oleh Kapt Mohamad Hafiz bin A. Aziz TUDM melaksanakan usaha bersepadu yang dikoordinasi bersama pihak Tentera Darat Malaysia, pihak KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH dan agensi lain yang terlibat.