OP MURNI : MANGSA BANJIR WARGA MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA TERIMA BANTUAN DAN SUMBANGAN

DSC 7072 DSC 7094 DSC 7117
DSC 7137 DSC 7166 DSC 7169

 

SUBANG, 13 Jan 22 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM mewakili Panglima Operasi Udara telah menyampaikan sumbangan kepada enam (6) anggota MPOU yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Sumbangan kebajikan ini adalah daripada MPOU dan Pangkalan Udara Subang dan diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Eagle Eye MPOU. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah pegawai-pegawai kanan markas bersama Mej Abdul Malek bin Kamaruddin selaku Pegawai Agama Kanan serta Pegawai Penyelaras Bantuan Banjir Pangkalan Udara Subang.

Dalam majlis yang sama, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) turut meyerahkan sumbangan kebajikan kepada Kpl U Sattiskumar a/l Tamil Selvan dari MPOU A3 yang telah kehilangan cahaya mata yang berusia 7 bulan dalam kandungan. Sumbangan-sumbangan yang telah diberikan tersebut adalah merupakan usaha kecil pihak TUDM dalam menzahirkan keperihatinan terhadap kebajikan warganya. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu keluarga anggota bagi meneruskan kehidupan seperti sedia kala.