MONUMEN KEKAL DI DATARAN PAHLAWAN NEGARA PESAWAT MIG-29N

DSC 3680 DSC 3683 DSC 3699 DSC 3725
DSC 3745 DSC 3748 DSC 3756
DSC 3758 DSC 3760 DSC 3781

 

KUANTAN, 22 Ogos 23 – Pangkalan Udara Kuantan telah menerima Lawatan Tinjauan Aset Bagi Projek Monumen Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dari Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ).

Ketibaan delegasi disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM di Bilik VIP 1, Bangunan Pergerakan Udara.

Seterusnya, delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh Pegawai Aset, Mej Mohd Fareed bin Ahmad TUDM dan seterusnya dibawa melawat pesawat MiG-29N yang telah diluluskan untuk dijadikan Monumen Kekal di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.